Pelakon 'Opah' Bebas Tuduhan Salah Guna Kuasa

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abu Bakar Kasim mengangkat tangan tanda gembira selepas hakim membebaskannya dari tiga pertuduhan membabitkan pemberian rasuah di Mahkamah Sesyen 3, Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini. - Foto Ihsan Utusan
Abu Bakar Kasim mengangkat tangan tanda gembira selepas hakim membebaskannya dari tiga pertuduhan membabitkan pemberian rasuah di Mahkamah Sesyen 3, Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini. - Foto Ihsan Utusan

KUALA LUMPUR: Bekas pengurus Perbadanan Stadium Merdeka, Abu Bakar Kasim, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tiga tuduhan rasuah menggunakan jawatannya bagi memilih syarikat untuk kerja membaik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil bernilai RM26,756.60.

Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu di akhir kes pendakwaan setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie.

Abu Bakar, 62, yang juga merupakan pelakon drama bersiri popular "Opah" sekitar tahun 80-an, didakwa telah memilih Syarikat Tangkas Timur Sdn Bhd untuk menjalankan kerja membaiki dan menggantikan "part trolley" olahraga di Stadium Nasional yang bernilai RM11,130.60 di mana abang iparnya, Abu Hasan Lakim, adalah pemegang saham dalam syarikat tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 14 Jan 1999 di Pejabat Perbadanan Stadium Merdeka, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini.

Abu Bakar juga didakwa telah memilih syarikat yang sama untuk kerja membekal dan memasang mentol lampu di Pusat Skuasy Nasional bernilai RM3,326 di tempat yang sama.

Manakala pada 15 Januari 1999, sekali lagi dia didakwa telah menggunakan jawatannya itu pada 16 Jan 1999 untuk memilih syarikat yang sama bagi kerja membekalkan karpet merah bernilai RM12,300 di Stadium Nasional. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan