Majistret Dituduh Terima Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang majistret hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan menerima suapan daripada seorang lelaki bagi tujuan meringankan hukuman pada Oktober tahun lalu.

Mohd Firdaus Ramlan, 28, yang merupakan majistret di Mahkamah Kuala Krai dan Machang itu mohon dibicarakan apabila semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zainal L. Saleh.

Zainal kemudiannya menetapkan 11 Februari ini sebagai tarikh baru untuk sebutan semula kes dan Mohd Firdaus dibenarkan diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Firdaus dituduh menerima suapan sebanyak RM3,000 daripada Md Shani Ishak di Stesen Minyak Esso, Machang pada 10.30 malam 11 Oktober lalu sebagai dorongan untuk meringankan hukuman mendapatkan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran sebanyak RM1,000.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Untuk pertuduhan kedua, Mohd Firdaus dituduh meminta suapan sebanyak RM5,000 daripada Md Shani atas tujuan yang sama di bilik Majistret Mahkamah Kuala Krai pada pukul 9 pagi, 6 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang juga boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Sebelum itu, Mohd Firdaus turut merayu kepada mahkamah agar mengenakan jaminan yang rendah terhadapnya berikutan menghadapi masalah kewangan.

"Gaji saya hanya tinggal RM2,000 setelah ditolak pelbagai tanggungan dan wang itu habis dibelanjakan tidak sampai hujung bulan," katanya ketika rayuan.

Selain itu, beliau juga masih belum disahkan dalam jawatan itu dan bakal digantung kerja atau ditamatkan perkhidmatan serta berjanji tidak akan mengganggu saksi dalam kes itu.

Isterinya yang juga seorang kakitangan kerajaan juga akan bertukar ke Putrajaya dan memerlukan kos kewangan yang tinggi bagi tujuan perpindahan itu, katanya.

Mohd Firdaus diwakili peguam Mohd Hasif Hassan, Mohd Yusuf Yaakob dan Ahmad Nizam Mohamed manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Sophian Zakaria. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan