Amah Bakar Rumah Dihadap Ke Mahkamah Atas Tuduhan Mencuri

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang sebelum ini dipercayai terlibat dengan kejadian membakar rumah majikannya pada 6 Januari lalu hari ini mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri beberapa barangan milik majikannya.

Dinda Kiara Tiara Eriagus, 14, dari Bandung Indonesia membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam prosiding tertutup memandangkan suspek merupakan seorang yang di bawah umur.

Suspek dituduh mencuri dua buah komputer riba, sebuah modem jalur lebar, satu unit tetikus dan sebuah beg milik majikannya Mazli Mohamad di Taman Murni Indah, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 10 hingga 10.30 pagi pada 6 Januari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Wan Nor Aklima kemudian menetapkan 27 Januari ini sebagai tarikh untuk mendengar keputusan kes dan mengarahkan pihak pendakwa mendapatkan laporan akhlak tertuduh sebelum hukuman diputuskan. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin sebelum tarikh keputusan kes walaupun dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Bagaimanapun, tertuduh gagal untuk membayar wang jaminan tersebut dan dia kemudian dibawa ke Sekolah Tunas Bakti Perempuan, Marang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan