Sulh Nash-Sosilawati Gagal

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kata sepakat yang ingin berhubung tentutan harta gagal dicapai. Foto The Star, Oleh SAHARUDDIN ABDULLAH
Kata sepakat yang ingin berhubung tentutan harta gagal dicapai. Foto The Star, Oleh SAHARUDDIN ABDULLAH

SHAH ALAM: Pengasas dan jutawan produk kecantikan, Datuk Sosilawati Lawiya dan bekas suaminya, penyanyi popular Nash, gagal bersepakat dalam prosiding sulh yang diadakan pagi tadi.

Prosiding itu diadakan bagi menyelesaikan tuntutan harta sepencarian melibatkan rumah dan saham amanah bernilai RM1.38 juta yang diberikan kepada penyanyi itu ketika mereka masih suami isteri.

Berikutan tiada persetujuan dicapai hari ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 18 Februari sebagai tarikh sebutan untuk Nash atau nama sebenarnya, Jamaludin Elias, 51, memfailkan afidavit jawapannya terhadap tuntutan itu.

Sementara itu, Nash ketika dihubungi berkata, kata sepakat yang ingin dicapai hari ini berhubung tuntutan tersebut tidak diterima oleh bekas isterinya itu.

"Perbincangan hari ini tidak ada kata sepakat, dia mahu perkara ini dibawa ke mahkamah.

"Saya telah tawarkan RM380,000 harga rumah tersebut dibayar secara ansuran dalam tempoh kurang setahun tapi dia tidak terima manakala tentang amanah saham tersebut adalah hak saya sepenuhnya kenapa saya perlu beri kepada dia," katanya kepada mStar Online di sini.

Beliau menegaskan, tidak mempunyai masalah jika Sosilawati, 47, ingin menyelesaikan kemelut itu dengan cara baik dan boleh berkompromi lagi tetapi bekas isterinya yang berkeras mahu ke mahkamah.

Sehubungan itu, dia akan berbincang dan meminta nasihat peguam sebelum tindakan selanjutnya.

"Saya juga sudah bersedia ke mahkamah jika itu yang terbaik," ujar Nash.

Dalam pada itu, Sosilawati memberitahu bahawa perkara tersebut terpaksa dibawa ke mahkamah kerana tawaran yang diberikan oleh bekas suaminya itu untuk mencari jalan penyelesaian tidak boleh diterima pihaknya.

Malah beliau menegaskan tidak mahu rugi kerana yang di tawarkan oleh Nash ialah untuk membayar harga rumah tersebut secara ansuran tiga kali dalam tempoh setahun dan berpendirian bahawa saham amanah tersebut adalah hak miliknya.

"Saya tidak setuju dengan tawaran tersebut dan mahu perkara ini ditentukan oleh mahkamah,” ujar pengasas produk kecantikan, Nouvelles Visages yang terpaksa menangguhkan perjumpaan dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pagi tadi berhubung kes khalwatnya.

Dalam tuntutannya, Sosilawati mahu Nash mengembalikan modal yang pernah dikeluarkannya untuk pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020), masing-masing berjumlah RM200,000 serta Public Mutual Berhad (RM500,000).

Nash juga dituntut mengembalikan wang RM480,000 yang dikeluarkan Sosilawati untuk menyelesaikan pinjaman bank dan bayaran berkaitan ke atas rumah di Seksyen 7, Shah Alam.

Tuntutan wang dan modal lebih RM1 juta yang pernah dikeluarkan usahawan wanita itu terhadap bekas suaminya dibuat melalui firma guaman syarie, Zaidi Zain & Associates.

Sosilawati plaintif dalam kes ini, turut memohon mahkamah mendapatkan perintah supaya harta yang membabitkan ASB, ASW 2020, Saham Public Mutual Berhad dan rumah terbabit sebagai harta sepencarian.

Sosilawati dan Nash berkahwin pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, namun bercerai talak satu di depan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, pada 26 Mei 2009.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan