Saksi Dakwa Mastura Pernah Dipukul Suami, Hakim Beri Amaran Akhir Kepada Tertuduh

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mastura Bakar bersama Roslizam Rahim di di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini. Foto Ihsan Utusan
Mastura Bakar bersama Roslizam Rahim di di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini. Foto Ihsan Utusan

KUALA LUMPUR: Saksi kes tuntutan fasakh Mastura Bakar, hari ini mendakwa Datuk Muhamad Mustafa Idrus memukul plaintif setelah melihat kesan-kesan lebam di badannya.

Marianti Bakar, 27, yang merupakan saksi pertama dan kakak kepada Mastura memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini bahawa dia juga ada melihat laporan perubatan yang dibuat oleh adiknya itu serta laporan polis terhadap defendan.

Ditanya oleh peguam syarie Roslizam Rahim berapa kerap kejadian seperti itu berlaku, Marianti berkata, dia kurang pasti tetapi mengingati jelas kejadian yang berlaku pada tahun 2006, Disember 2007 dan April tahun lalu.

"Saya tidak pernah melihat adik saya dipukul oleh suaminya tetapi saya sering melihat kesan lebam pada badan adik saya setiap kali selepas mereka bergaduh," katanya pada prosiding di hadapan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin hari ini.

Mastura,24, sebelum ini mengemukakan tuntutan fasakh di bawah Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) terhadap Mustafa, 54, seorang ahli perniagaan dan juga bekas suami kepada penyanyi popular lagu-lagu etnik, Noraniza Idris.

Tuntutannya itu difailkan pada April tahun lalu.

Menurut Marianti lagi, dia mengetahui kedudukan adiknya sebagai isteri keempat semasa Mastura ingin melahirkan anaknya yang ketiga.

"Sebelum ini saya hanya mengetahui defendan mempunyai seorang isteri. Namun semasa adik saya ingin melahirkan anaknya yang ketiga barulah saya tahu dia adalah isteri keempat," katanya lagi.

Dia turut memberitahu mahkamah bahawa defendan tidak memberi nafkah kepada adiknya sejak kelahiran anak mereka yang ketiga dan pihak keluarga menanggung keperluan Mastura anak beranak.

Sementara itu, saksi kedua, ibu kepada plaintif, Harlina Nordin, 56, memberitahu mahkamah selain isu tidak diberi nafkah, menantunya itu turut berlaku curang dan menyimpan wanita lain serta tidak berlaku adil terhadap kesemua isterinya.

"Plaintif curang dan banyak simpan perempuan. Saya mengetahui perkara ini apabila defendan menunjukkan gambar bukti kepada saya.

"Dia juga tidak berlaku adil dalam berpoligami. Hari raya juga dia tidak pernah balik menjenguk anak-anak dan keluarga," katanya.

Harlina turut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mendendami menantunya itu cuma berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera supaya anaknya boleh memulakan kehidupan baru.

Hari ketiga prosiding itu kemudiannya ditangguhkan esok kerana pihak defendan dan wakilnya gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

Mohd Yunus berkata, perbicaraan akan disambung esok untuk memberi peluang kepada defendan menghadirkan diri.

Bagaimanapun, Mohd Yunus akan membuat keputusan dan menutup kes tersebut sekiranya pihak defendan gagal menghadirkan diri ke mahkamah esok.

"Kita beri satu lagi peluang kepada defendan untuk menghadirkan diri esok kerana dia tidak pernah menghadirkan diri ke mahkamah.

"Sekiranya plaintif gagal hadirkan diri, saya akan membuat keputusan dan menutup kes ini," katanya.

Sebelum itu, Roslizam yang mewakili Mastura memohon kepada mahkamah untuk menutup kes namun ditolak oleh hakim.

Hakim turut mengarahkan pihak peguam menyediakan hujah bertulis untuk penggulungan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan