Rayuan Terakhir Anwar Mengenai Dokumen Didengar 20 Januari

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 Januari untuk mendengar rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan dokumen yang beliau dakwa amat penting bagi pembelaan dalam perbicaraan liwat yang dihadapinya.

Rayuan itu merupakan peluang terakhir beliau untuk memperoleh dokumen itu dan keterangan lain.

Peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh, memberitahu pemberita yang tarikh itu ditetapkan oleh pendaftar mahkamah yang dihantar melalui faks ke firmanya, Karpal Singh & Co, hari ini.

Pada awalnya, pendengaran rayuan itu ditetapkan pada 6 Januari tetapi telah ditangguhkan bagi memberikan masa mencukupi untuk Anwar memfailkan petisyen dan membuat persediaan bagi kesnya itu.

Karpal Singh berkata, petisyen rayuan itu difailkan semalam.

Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan balasnya terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi memperoleh sampel spesimen daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau juga merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 November 2009, yang membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang sama bagi membekalkan dokumen penting kepada Anwar.

Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi-saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan daripada tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful, 24, bekas pembantunya, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan ditetapkan selama sebulan bermula 25 Januari. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan