Mahkamah Persekutuan Akan Putuskan Masa Soal Siasat SPRM

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pertikaian terhadap keputusan mahkamah membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat ditetapkan untuk didengar oleh Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah tertinggi itu hari ini memberikan kebenaran kepada ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 17 Disember yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi antara 8.30 pagi dan 5.30 petang.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof, bagaimanapun menolak permohonan Tan untuk mendengar rayuan mengenai merit kes itu hari ini.

Peguam yang mewakili Tan, Karpal Singh, berhujah ini merupakan kes yang jelas dan mudah dan menggesa mahkamah mendengarnya hari ini.

Hakim Alauddin berkata, mahkamah perlu menunggu alasan penghakiman bertulis sebelum meneruskan untuk mendengar rayuan dan menangguhkan kes itu ke tarikh yang akan ditetapkan.

Permohonan bagi kebenaran itu diberikan selepas Karpal Singh memaklumkan mahkamah bahawa Tan dan SPRM telah bersetuju dengan lima persoalan berkaitan undang-undang yang disenaraikan dalam permohonan kebenaran itu. Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh, yang mewakili SPRM berkata, badan itu bersetuju dengan persoalan berkenaan.

Hakim Alauddin berkata, berikutan kedua-dua pihak bersetuju dengan soalan berkeaan, mahkamah tiada pilihan selain membenarkan permohonan bagi kebenaran itu berdasarkan kepada dua daripada lima persoalan itu.

Dua persoalan itu ialah: Sama ada dalam Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM, frasa 'hari ke hari' meliputi hanya waktu pejabat atau sama ada ia perlu ditafsirkan untuk membawa maksud tempoh berterusan selama 24 jam diikuti dengan 24 jam lagi sehingga siasatan selesai;

Sama ada Seksyen 30(1)(a) dan Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM perlu dibaca secara bersambung atau tidak bersambung.

Hakim Heliliah berkata, sesetengah daripada lima persoalan itu mungkin tidak relevan dengan rayuan itu. Kepada soalan Hakim Ghazali mengenai penghakiman Mahkamah Rayuan, Karpal Singh berkata keputusan lisan disampaikan pada 17 Disember tahun lepas dan beliau meminta penghakiman bertulis pada 29 Disember tetapi ia masih belum siap.

Hakim Alauddin berkata, beliau akan mengarahkan Mahkamah Rayuan membekalkan alasan penghakiman bertulis. Pada 19 Nov, Hakim Mahkamah Tinggi Mohammad Ariff Md Yusof, semasa membenarkan semakan kehakiman yang difailkan Tan, memutuskan Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberikan kuasa kepada SPRM untuk menyoal siasat saksi "siang malam".

Tan, 39, menyaman Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (kini telah bersara), Penolong Penguasa SPRM, Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM mendakwa penahanannya dan disoal siasat selama 16 jam semalaman oleh SPRM adalah melanggar undang-undang, yang mengakibatkan beliau mengalami kerugian dan kerosakan.

Keputusan Mahkamah Tinggi yang mencegah SPRM daripada menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat adalah bertentangan dengan amalan badan itu selama ini.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak menetapkan sebarang had waktu bagi SPRM untuk menyoal siasat dan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Karpal Singh memberitahu pemberita kemudiannya bahawa Mahkamah Persekutuan sepatutnya mendengar rayuan itu hari ini kerana kes itu melibatkan kepentingan awam dan keputusan itu perlu diguna pakai semua agensi yang mengendalikan soal siasat ke atas saksi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan