Pengawal, Pengimpal Dipenjara 15 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua lelaki, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bagi kesalahan menyebabkan kematian seorang lelaki, lebih dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Yahya memerintahkan Mazuki Zakaria, 28, pengawal keselamatan sambilan di sebuah pusat hiburan dan Asswadie Shah Khairudin, 23, seorang pengimpal, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh mereka ditangkap, masing-masing pada 25 dan 27 September 2007.

Mereka mengaku bersalah menyebabkan kematian Amran Samad di tempat letak kereta berhampiran Sakura Bar, Jalan Wong Ah Jang di sini, kira-kira jam 11 malam hingga 12 tengah malam pada 1 September 2007, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Kedua-dua mereka sebelum ini didakwa atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302, kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, namun mereka mengaku bersalah selepas pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) iaitu menyebabkan kematian pada prosiding hari ini.

Dalam penghakimannya, Hakim Mariana berkata, kedua-dua tertuduh tidak sepatutnya mengambil undang-undang dengan tangan sendiri walaupun diprovokasi oleh mangsa.

Katanya, kedua-dua tertuduh dianggap bernasib baik kerana terlepas pertuduhan yang memperuntukkan hukuman gantung selepas didakwa atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian dan mahkamah berharap ia akan dijadikan pengajaran pada masa depan.

"Kamu masih boleh bersama keluarga selepas selesai menjalani hukuman berbanding keluarga si mati yang telah kehilangannya untuk selamalamanya," katanya.

Terdahulu, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh, Rizal Hashim memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana kejadian tersebut tidak dirancang selain tiada penggunaan senjata.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana berlaku kehilangan nyawa. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan