Tiga Lelaki Rompak Stesen Minyak Dijatuhi Hukuman Penjara Dan Sebat - Berita Mahkamah | mStar

Tiga Lelaki Rompak Stesen Minyak Dijatuhi Hukuman Penjara Dan Sebat

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pekerja stesen minyak bersama dua rakannya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merompak stesen minyak tempat kerjanya Disember lepas.

Azman Apendi, 25, dari Jambi, Indonesia bersama dua rakan senegaranya Heri Hassan, 26, dan Yudi Basri, 41, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompak berkumpulan terhadap premis, serta Mohd Fazli Shamsudin.

Mereka didakwa menggunakan senjata berbahaya yang terdiri daripada sebilah parang, tiga tukul besi pemecah simen dan satu mesin pemotong besi yang boleh menyebabkan maut dan ketakutan kepada mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di stesen minyak Shell Taman Tas di sini, kira-kira pukul 3 pagi pada 28 Disember lepas mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, Mohd Fazli yang merupakan pekerja stesen minyak itu sedang tidur di dalam premis berkenaan sebelum didatangi tiga lelaki dengan salah seorang daripada mereka adalah pekerja stesen itu.

Leher mangsa kemudian diletakkan parang sebelum kaki dan tangannya diikat.

Kejadian itu menyebabkan pemilik stesen minyak berkenaan mengalami kerugian kira-kira RM4,700 sebelum ketiga-tiga tertuduh ditangkap di kawasan berhampiran oleh orang ramai.

Ketiga-tiga tertuduh yang menitiskan air mata ketika merayu kepada mahkamah, memohon supaya dikenakan hukuman ringan kerana mereka sudah menyesal dan bertaubat untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

Hakim Siti Aminah Ghazali kemudian menjatuhkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tangkapan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Jumaat dan Amalina Zainal Moktar. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan