Ahli Perniagaan Didakwa Bunuh Perunding - Berita Mahkamah | mStar

Ahli Perniagaan Didakwa Bunuh Perunding

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang ahli perniagaan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang perunding perniagaan dengan menggunakan besi pengunci kereta pada Hari Krismas lepas.

Loh Yoon Fatt, 38, yang beralamat di No.1395, Jalan Queen, Pasir Pinji, di sini, dituduh membunuh Lam Siew Kong, 59, di tempat letak kereta Restoran Overseas, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, pada pukul 9.20 malam, 25 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izalina Rajaai di hadapan Majistret Shahwira Abdul Halim manakala tertuduh diwakili Peguam Dr Naran Singh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Shahwira kemudiannya menetapkan 5 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia berhubung kes terbabit. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan