Suspek Bunuh Empat Beranak Direman Hingga 13 Januari

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEMAS: Polis hari ini mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu ke atas seorang suspek berusia 34 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh empat beranak di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Selasa lepas.

Perintah tahanan reman tersebut dibuat di Mahkamah Majistret Gemas di hadapan Majistret Siti Norsafida Hashim. Majistret Siti Norsafida membenarkan tahanan ke atas Rashidi sehingga 13 Januari.

Rashidi, 34, direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Permohonan untuk mendapatkan perintah tahanan reman itu dibuat oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Tampin, Asisten Supritendan Khairil Anuar Saidin.

Sejurus selepas itu, sepasukan polis kemudian membawa suspek terbabit ke tempat kejadian untuk mencari bahan bukti (sebilah pisau) yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Suspek itu ditahan di stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang semalam. Dia yang juga anggota keluarga mangsa ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan yang menghampirinya di stesen itu.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa, Atan Daud, 90, yang merupakan bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam.

Mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua buah rumah yang terletak bersebelahan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan