Inspektor Polis Hadapi Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang inspektor polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan rasuah membabitkan wang tunai RM2,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan kes dadah.

Norshuhizam Mohamad Shoib, 29, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noor Hayati Mat.

Norshuhizam didakwa menerima RM2,000 daripada Fariq Adha Momad Nor sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Fariq Adha yang disyaki terlibat dengan kes dadah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kereta Perodua Kancil bernombor pendaftaran ADG 7015 di Medan Gopeng di sini, kira-kira jam 11.45 pagi pada 15 Julai lepas.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa SPRM, Hamzah Mohd Aris mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan alasan rasuah merupakan satu kesalahan yang sangat serius.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam pula memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM3,000 dengan alasan tidak mampu menyediakan RM5,000 sebagai wang jaminan.

Hakim Noor Hayati kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 2 Februari ini sebagai tarikh sebutan kes. Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan