Anwar Fail Permohonan Teruskan Pertuduhan Qazaf

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi perintah supaya pihak pendakwaan meneruskan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 63, ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, memfailkan notis permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah pagi ini melalui peguamnya yang diketuai Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Dalam tuntutan notis permohonan itu, Anwar menamakan tiga responden iaitu Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Dalam notis permohonan itu, Anwar memohon perintah mahkamah supaya mengarahkan Shamsuddin menggunakan kuasa yang sedia ada padanya untuk menjalankan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari dan menghalang Che Mat serta Jamil daripada menghalang Shamsuddin menjalankan pertuduhan itu.

Anwar juga mendakwa laporan qazaf berhubung pernyataan palsu mengenai beliau meliwat Mohd Saiful Bukhari telah dibuat kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan Jawi pada 9 Julai 2008, dan beliau dipanggil untuk memberi keterangan tetapi masih tiada maklum balas daripada Jawi.

Bagaimanapun, beliau diberitahu status laporan itu telah selesai.

Notis itu juga turut menyebut pada 27 Oktober 2009, Jamil menyatakan Anwar perlu menunggu perbicaraan liwat terlebih dahulu sebelum meneruskan perbicaraan pertuduhan qazaf terhadapnya.

Bagaimanapun dalam notis permohonan itu, Anwar menegaskan perbicaraan yang dihadapinya adalah berlainan.

Mahkamah menetapkan Rabu ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu jawapan balas dalam tempoh 14 hari daripada pihak pendakwaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan