Kontraktor Dalam Kes Pembunuhan Enam Orang, Gagal Dalam Rayuan

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang kontraktor gagal dalam usaha terakhir bagi menyelamatkan diri dari hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman bunuh kerana membunuh enam orang termasuk isteri dan anaknya, 12 tahun lepas.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria menetapkan bahwa tindakan Yeap Boon Hai menyalakan api ke atas sebuah rumah kedai menggunakan petrol, termasuk di dalam definisi bunuh mengikut Seksyen 300 Kanun Keseksaan.

"Beliau mungkin tidak berniat menyebabkan kematian, tetapi tindakannya amat berbahaya yang mesti, dalam semua kemungkinan, menyebabkan kematian," kata Hakim Ariffin yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof dan Datuk James Foong.

"Dalam kes ini, perayu telah memulakan kebakaran pada awal pagi dan amat mengetahui bahawa rumah kedai itu dihuni oleh ramai orang termasuk isteri dan anaknya, dan tindakannya adalah amat berbahaya dan ia boleh menyebabkan kematian kepada orangorang berkenaan," katanya.

Yeap, 50, didapati bersalah dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi kerana menyebabkan kematian enam mangsa di dalam rumah kedai di Taman Seri Serdang, pada 3.40 pagi, 14 April 1997.

Rayuannya kepada Mahkamah Rayuan ditolak pada 10 Dis, 2008.

Keenam-enam yang mati terbakar itu ialah isteri Yeap, Kee Sok Kiang, 34, anak Yeap, Cheok Wai, 12, ibu mentuanya Koh Seik Lang, 59, abang ipar Kee Kim Hup, 30, bapa saudara Khor Chai Peng, 47 dan anak saudaranya Khor Khim Im, 38.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, abang Yeap dan kakak iparnya memberi keterangan bahawa tertuduh beberapa kali bertengkar dengan isteri dan ibu mentuanya pada sebelah petang, sehari sebelum insiden itu.

Seorang saksi, atendan stesen minyak memberi keterangan bahawa tertuduh telah membeli petrol dan mengisinya di dalam empat bekas pada 2.30 pagi, 14 April, 1997.

Seorang saksi, yang tinggal bersebelahan rumah kedai itu memberi keterangan bahawa Yeap dilihat melarikan diri dan menuruni tangga rumah kedai itu dalam keadaan tergesa-gesa semasa rumah kedai itu terbakar.

Dalam penghakimannya hari ini, Hakim Arifin berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan membuat kesimpulan yang tepat selepas menimbangkan semua bukti. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan