Permohonan Semakan Kehakiman Sambungan Bekalan Elektrik, Air Ditolak

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh dua beranak masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan bekalan elektrik dan air di bangunan serbaguna di Kampung Pasu, dekat sini, yang tidak dibekalkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh sejak dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir berkata, tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dan kerajaan negeri Pahang tidak membekalkan elektrik dan air adalah wajar kerana bangunan berkenaan merupakan struktur yang tidak sah.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata, tanah di mana bangunan tersebut didirikan tidak digazetkan sebagai tanah Orang Asli.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Wet Ket dan anaknya Yaman, mendakwa menerima notis amaran daripada Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menyatakan bangunan serbaguna yang siap dibina pada Julai 2003 telah menceroboh tanah milik kerajaan negeri Pahang.

Mereka mendakwa bangunan yang turut dijadikan gereja itu kemudian dirobohkan pada 30 November 2006 oleh pegawai Pejabat Daerah dan Tanah tersebut sebelum Kerajaan Persekutuan memberikan ganti rugi RM35,000 untuk pembinaan semula bangunan berkenaan selepas satu rundingan.

Bagaimanapun, menurut mereka, selepas pembinaan semula bangunan berkenaan pada April 2007, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menolak permohonan untuk menyambung bekalan air dan elektrik ke bangunan yang digunakan kira-kira 70 penganut Kristian di situ.

Kedua-dua pemohon terbabit yang diwakili Peguam Annou Xavier dan Kenny Ng Bee Ken ketika ditemui di luar mahkamah berkata, mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.

Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh serta Kerajaan Negeri Pahang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan