Permohonan Kebenaran Semakan Kehakiman Anwar Ditolak

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak kebenaran permohonan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk semakan kehakiman terhadap satu kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pendakwa raya untuk perbicaraan kes liwat beliau.

Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasakuasa Khas), Datuk Aziah Ali dalam keputusannya berkata, permohonan itu adalah remeh dan menyusahkan serta menyalah gunakan proses mahkamah. Beliau menolak permohonan itu dengan kos.

Katanya, beliau bersetuju dengan penghujahan Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi bahawa ia adalah penyalahgunaan proses untuk mendapatkan bantuan Mahkamah Sivil bagi semakan kenyataan bertulis itu dan untuk mengarahkan responden pertama (Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria) mengeluarkan satu kenyataan bertulis yang baru.

"Mahkamah Sivil itu tidak ada bidang kuasa untuk semakan sebarang tindakan yang diambil Timbalan Pendakwa Raya ketika menjalankan tanggungjawabnya di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC)," katanya.

Beliau berkata, jika permohonan Anwar dibenarkan, bermakna mahkamah sivil campur tangan dengan bidang kuasa mahkamah jenayah.

Pada 3 Ogos 2009, Anwar telah memfailkan permohonan semakan kehakiman yang menamakan Mohamad Hanafiah, pihak pendakwaan dan kerajaan sebagai responden.

Hanafiah telah mengeluarkan satu kenyataan bertulis di bawah Seksyen 51A(1)(c) Kanun Prosedur Jenayah kepada Anwar, membayangkan bahawa tidak ada fakta yang berpihak kepada pembelaan pada perbicaraan liwatnya.

Kenyataan itu diserahkan kepada Anwar pada 24 Jun, 2009. Anwar memohon satu pengisytiharan bahawa kenyataan bertulis yang ditandatangani Mohamad Hanafiah bahawa tidak ada fakta yang berpihak untuk diberikan kepada pembelaan yang batal dan tidak sah.

Beliau memohon satu perintah certiorari untuk memansuhkan, satu perintah mamandus untuk pendakwaan membekalkan kepada Anwar, satu kenyataan bertulis mengenai fakta yang berpihak kepada pembelaan.

Anwar juga memohon perintah larangan dan injunksi kepada Hanafiah dan pendakwaan untuk menghalangnya daripada proseding dan meneruskan dengan pendakwaan atau sebarang proseding lain terhadap Anwar, sehingga fakta yang berpihak kepada pembelaan dibekalkan kepada Anwar.

Beliau memohon untuk satu perintah terhadap Hanafiah dan pendakwaan tidak mengambil semua tindakan atau sebarang proseding terhadap Anwar sehingga permohonan ini selesai. Anwar juga memohon ganti rugi teruk dan teladan serta punitif.

Aziah dalam penghakiman 15 muka juga berkata bahawa penyelesaian boleh diperoleh di mahkamah jenayah itu semasa proses perbicaraan.

"Keputusan terakhir sama ada atau tidak terdapat fakta berpihak kepada pemohon atau sama ada dua laporan perubatan berpihak kepada pemohon akan dibuat oleh hakim yang membicarakan.

"Hak pemohon terhadap perbicaraan yang adil tidak menjejaskan kenyataan bertulis itu," tegasnya. Peguam Edmund Bon yang mewakili Anwar kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau menunggu arahan Anwar sama ada untuk membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan