Kalimah Allah: KDN Mohon Tangguh Perintah Mahkamah

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengemukakan permohonan bagi penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan sebuah majalah mingguan Katolik menggunakan perkataan Allah.

Permohonan itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Semalam, kementerian itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember lepas bahawa berdasarkan Perkara 11 dan 12 dalam Perlembagaan Persekutuan, majalah Herald berhak menggunakan perkataan itu untuk tujuan tunjuk ajar dan pendidikan bagi penganut agama Kristian.

Keputusan itu dibuat ekoran permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh Ketua Biskop, Tan Sri Murphy Pakiam pada 16 Februari 2009 mengenai penggunaan perkataan "Allah" dalam Herald dengan mendakwa bahawa perkataan "Allah" bukannya hak mutlak agama Islam.

Beliau menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan sebagai responden.

KDN menjelaskan bahawa larangan penggunaan perkataan "Allah" oleh majalah itu adalah untuk kepentingan keselamatan awam dan bagi mengelak salah faham dan kekeliruan dalam kalangan umat Islam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan