Bunuh Tebusan: Nelayan Diperintah Bela Diri

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang nelayan membela diri terhadap pertuduhan membunuh seorang wanita yang didakwa diculiknya empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Sulaiman Hamat, 39.

Mariana menetapkan esok sehingga Jumaat ini untuk Sulaiman mengemukakan kenyataan bela diri.

Sulaiman didakwa membunuh Wong Geet Yin, 50, seorang peniaga, antara jam 9 pagi 22 Mei dan 7 malam 29 Mei 2006 di kawasan belukar Kampung Anak Air, Peramu, di sini.

Mengikut pertuduhan, Sulaiman, dari Tanah Putih di sini sebelum itu telah menculik Wong dan meminta wang tebusan RM10,000 daripada suami mangsa.

Dia didakwa tidak melepaskan Wong walaupun wang tebusan itu dibayar dan bertindak sendirian membunuh mangsa menggunakan sebatang kayu.

Sulaiman didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dia diwakili Peguam Che Ariffin Mohd Ali manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadzli Mahmud. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan