Keputusan Mengenai Permohonan Semakan Kehakiman Tengku Fakhry 12 Jan

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra masih belum boleh mengetahui sama ada beliau akan dibenarkan mencabar keputusan Tengku Mahkota Kelantan yang mengeluarkan beliau daripada senarai pemerintah Kelantan yang seterusnya.

Ini kerana Mahkamah Tinggi perlu terlebih dahulu memutuskan isu mengenai kelewatan 42 hari dalam memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman, seperti yang dibangkitkan oleh Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra, di mahkamah hari ini.

Peguam Datuk Cecil Abraham, yang mewakili Tengku Muhammad Faris, memberitahu mahkamah bahawa permohonan untuk semakan kehakiman itu hanya difailkan oleh Tengku Muhammad Fakhry, 82 hari selepas beliau dikeluarkan daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan pada 16 Sept lepas.

Beliau berhujah bahawa permohonan untuk semakan kehakiman mesti difailkan dalam tempoh 40 hari dari tarikh alasan untuk permohonan itu dibangkitkan, seperti yang diperuntukkan mengikut Perintah 53 Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980.

Katanya perlanjutan masa adalah isu perundangan, oleh itu mahkamah perlu mendengar penghujahan atas alasan inter-parte (kedua-dua pihak) sebelum membuat apa-apa keputusan.

Pada 7 Dis, Tengku Muhammad Fakhry, 31, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Tengku Muhammad Faris yang membatalkan pelantikan beliau sebagai anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Dalam permohonan itu, Tengku Muhammad Fakhry turut memohon perintah daripada mahkamah supaya Tengku Muhammad Faris mengembalikan semula keanggotaan beliau dalam majlis berkenaan, dan perintah certiorari bagi membatalkan pelantikan lima lagi anggota majlis itu.

Tengku Muhammad Fakhry, putera ketiga Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra, menamakan Tengku Mahkota, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri dan kerajaan Kelantan sebagai responden.

Lima lagi responden ialah Datuk Hashim Yusoff, Datuk Tengku Salwah Sultan Yahya Petra, Datuk Sukri Mohamed, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Kol Dr Mohammad Razin Kamarulzaman.

Abraham turut mewakili responden yang lain manakala kerajaan Kelantan diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Azlan Abdul Halim. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan