Reman Wanita Dilanjutkan, Dua Lagi Suspek Ditahan - Berita Mahkamah | mStar

Reman Wanita Dilanjutkan, Dua Lagi Suspek Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tempoh tahanan reman terhadap suspek wanita berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilanjutkan selama tujuh hari lagi sehingga 4 Januari ini.

Tempoh reman ke atas wanita berusia 34 tahun itu berakhir semalam dan polis telah memohon tempoh lanjutan reman ke atas suspek bagi membantu siasatan kes tersebut.

Pendaftar Mahkamah Majistret/Seksyen Kuala Lumpur, Ahmad Shakib Ismail, hari ini mengeluarkan perintah tempoh lanjutan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain wanita itu, polis turut mendapatkan perintah reman selama seminggu mulai hari ini ke atas seorang wanita berusia 42 tahun dan seorang lelaki berusia 47 tahun iaitu tangkapan terbaru dalam kes tersebut.

Pada 22 Disember lalu, mayat separuh bogel seorang kanak-kanak ditemui terapung di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorang Gurney, Jalan Semarak, di sini.

Berikutan penemuan mayat tersebut, seorang wanita membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

Bagaimanapun, polis menahan wanita itu selepas mendapati unsur mencurigakan ketika memberi keterangan.

Polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan berusia 34 tahun untuk membantu siasatan.

Ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah pada pukul 10.30 pagi tadi dengan diiringi oleh beberapa pegawai polis. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan