Dipenjara 18 Bulan, Dua Sebatan Kerana Cuba Tipu Pengurus

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penjual kereta terpakai dihukum penjara 18 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan cuba menipu seorang pengurus berhubung pembinaan dan penyelenggaraan dua buah sekolah di Sarawak, bernilai RM6 juta.

Hakim Asmadi Hussin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kassim, berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Engku Shamsuddin Engku Mansor, 45.

Asmadi memerintahkan Engku Shamsuddin menjalani hukuman itu berkuatkuasa hari ini, bagaimanapun beliau membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Asmadi turut mengarahkan Engku Shamsuddin melaporkan diri di balai polis berdekatan dan menaikkan jumlah jaminan dari RM20,000 ke RM25,000 dengan seorang penjamin.

Asmadi dalam penghakimannya berkata, beliau mengambil kira keterangan tertuduh yang mengakui berjumpa dengan Gordan Chung Pei Nan, 27, (pengadu) dalam kes ini.

Namun, katanya mahkamah tidak dapat menerima penafian tertuduh yang beliau telah menyerahkan kontrak kepada pengadu kerana jika betul, bagaimana dokumen itu boleh ada pada pengadu.

Engku Shamsuddin dituduh cuba memperdaya Gordan Chung Pei Nan, pengurus Syarikat YWP Hardwood Sdn Bhd, sehingga mempercayai bahawa sekeping surat berhubung pembinaan projek Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sarikei No. 2 bertarikh 1 Julai 2008 adalah sah sedangkan Engku Shamsuddin tahu bahawa surat itu tidak sah.

Dia yang mempunyai enam anak yang masih bersekolah, didakwa melakukan kesalahan itu di Coffee House, Hotel Grand Season, Jalan Pahang di sini, pada kira-kira pukul 4 petang 10 Julai 2008.

Bagi pertuduhan kedua, pada masa dan tempat sama dia didakwa menggunakan sekeping surat yang mempunyai tajuk sama tetapi untuk projek Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maradong.

Mengikut kertas pertuduhan, Engku Shamsuddin yang diwakili peguam S.Ramesh, mengetahui surat berkenaan tidak sah dengan curangnya cuba menipu Gordan untuk menyerahkan RM3 juta bagi setiap surat itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan