Permohonan Rayuan Anwar Dalam Saman Terhadap Dr Mahathir Didengar 1 Mac

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 1 Mac tahun depan untuk mendengar permohonan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak saman fitnahnya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Pendaftar, Jumirah Marjuki, menetapkan tarikh itu dalam kamar semasa kes itu didengar hari ini untuk tujuan pengurusan.

Dalam permohonan yang dikemukakan pada 20 November lepas, Anwar menyenaraikan tiga isu untuk ditentukan oleh mahkamah, antaranya sama ada Mahkamah Rayuan, dalam keadaan undang-undang terkini yang tidak memihak kepada bantahan bersifat teknikal, boleh terus memutuskan untuk enggan mengguna pakai budi bicara untuk memastikan bahawa kecacatan bersifat teknikal tidak diberi keutamaan ke atas hak-hak substantif.

Pada 10 Oktober lepas, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad, menolak saman Anwar berjumlah RM100 juta dengan alasan bahawa memorandum rayuan yang dikemukakan oleh Anwar dalam bahasa Inggeris adalah satu kecacatan, tidak sah dan menyalah guna proses mahkamah.

Sebelum itu pada 4 Julai 2007, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telahpun menolak saman itu dengan kos.

Anwar telah mendakwa bahawa kenyataan Dr Mahathir yang menganggap beliau seorang homoseksual adalah satu fitnah dan bertujuan menghina beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan