Tiga Beranak Didakwa Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga sekeluarga yang merupakan pegawai kanan syarikat Noradz Travel & Services Sdn Bhd hari ini mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan terlibat dalam pengurupan wang haram berjumlah RM60 juta di Mahkamah Sesyen di sini.

Datuk Adzhar Sulaiman, 54, serta dua anak perempuannya Noradzma, 33, dan Noradzrin, 24, masing-masing membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah.

Noradzma, yang merupakan pengarah syarikat itu didakwa terhadap 166 pertuduhan, bapanya sebanyak 28 pertuduhan dan adiknya Noradzrin yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) didakwa atas 166 pertuduhan.

Adzhar dan Noradzrin merupakan pegawai syarikat Noradz Travel & Services ketika itu.

Mereka didakwa menggunakan wang haram untuk membeli beberapa hartanah di Perak dan Pahang, membeli produk insuran dan pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat Noradz.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa buah bank di sekitar Kuala Lumpur termasuk di EON Bank Berhad, Malayan Banking Berhad, Ambank (M) Berhad dan Eoncap Islamic Berhad, antara 14 Ogos 2007 hingga 6 Januari 2009.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan pencegahan pembiayaan keganasan 2001 yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Noradzma dan Adzhar turut didakwa atas kesalahan menerima deposit daripada orang awam tanpa memegang lesen yang sah di antara Julai 2006 hingga Oktober 2008 di No 14-1A, Jalan 3/10, Pandan Jaya, di sini.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa di bawah seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989(Akta 372) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Hakim Komathy membenarkan setiap tertuduh dijamin sebanyak RM1juta dengan cagaran sebanyak RM150,000 bersama seorang penjamin.

Mahkamah juga mengarahkan kesemua mereka menyerahkan pasport dan melapor diri di balai polis Pandan Indah sekali setiap bulan dan menetapkan 18 Februari 2010 untuk sebutan.

Ketika rayuan Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM1 juta setiap seorang memandangkan jumlah terlibat adalah banyak.

Bagaimanapun peguam ketiga-tiga tertuduh, Abdul Rahim Sinwan memohon supaya mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 sahaja bagi setiap tertuduh memandangkan wang tertuduh di dalam bank sebanyak RM52 juta telah disita sejak Oktober 2008.

Syarikat Noradz mempunyai beberapa rangkaian syarikat termasuk syarikat penerbitan drama dan filem, penyewaan kereta, agensi pelancongan dan pelaburan, dan syarikat itu juga pernah menerbitkan filem "Shhh... Dia Datang" lakonan Saiful Apek dan beberapa drama yang ditayangkan di stesen televisyen berbayar ASTRO. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan