Tan Akan Rayu Keputusan Mahkamah Benar SPRM Siasat Selepas Waktu Pejabat

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPK) TanBoon Wah hari ini memfailkan notis usul untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat melepasi waktu pejabat minggu lepas.

Tan, 39, memfailkan notis usul dan afidavit bersumpah menerusi peguamnya, Karpal Singh, di pejabat pendaftaran Mahkamah Persekutuan di sini.

Dalam usul tersebut, Tan berkata rayuan itu penting kerana membabitkan persoalan baru dan isu yang berbangkit buat pertama kali dalam negara dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan memberi kelebihan kepada orang awam.

Tan juga turut menyenaraikan lima persoalan untuk ditentukan oleh mahkamah, antara lain, sama ada frasa 'hari demi hari' di bawah Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 merangkumi hanya waktu pejabat atau tempoh berterusan selama 24 jam.

Karpal Singh, ketika ditemui oleh pemberita, berkata beliau akan menulis kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan tarikh perbicaraan awal.

"Ini adalah perkara serius dan oleh itu adalah penting untuk Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi di negara ini untuk akhirnya memutuskan isu ini," katanya.

Beliau juga berharap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri akan bertindak dalam prosiding kes ini nanti.

"Keputusan Mahkamah Rayuan itu mempunyai banyak akibatnya," katanya.

"Jika keputusan itu betul, ia bermaksud pegawai SPRM boleh berkunjung ke rumah anda pada pukul 3 pagi dan minta anda pergi ke pejabat SPRM untuk disoal siasat. Keadaan seperti itu tidak dapat diterima sama sekali," katanya.

"Saksi juga tidak mahu tampil untuk memberi keterangan, memandangkan mereka mengetahui mereka akan diganggu dan disoal secara berterusan sepanjang masa," katanya.

Pada 17 Disember lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan bahawa SPRM boleh menyoal siasat saksi melepasi waktu pejabat.

Hakim Datuk Hasan Lah, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad juga mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menghadkan tempoh waktu siasatan suruhanjaya itu hanya dalam tempoh waktu pejabat iaitu 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Pada 19 November lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohammad Ariff Md Yusof membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Tan bahawa Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk menyiasat saksi sepanjang masa.

Tan, 39, menyaman Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan; penolong penguasa SPRM, Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM kerana mendakwa penahanan dan soal siasat yang dilakukan terhadapnya selama 16 jam sehari oleh SPRM, menyalahi undang-undang dan menyebabkan beliau mengalami kerugian serta kesan buruk.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan