Bicara Kes Razuah Norza Ditangguh 28, 29 Disember ini

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH:Perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman ditangguhkan pada Isnin dan Selasa ini. Hakim Mahkamah Sesyen Azuar Che Yusof menetapkan tarikh tersebut setelah peguam yang mewakili tertuduh, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah tidak dapat menghadiri perbicaraan yang telah ditetapkan pada hari ini.

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi Umno (MT), dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung Umno Mac lepas.

Dia juga dituduh memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama. Kedua-dua tuduhan itu didakwa dilakukan di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh pada 6.30 petang, 20 Januari lepas.

Halimi, 47, dari Taman Medan Mahsyur, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, pula dituduh memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar pada tarikh dan di tempat yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan