Bekas Pengurus Kewangan Didakwa Guna Cek Palsu RM6 Juta

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus kewangan syarikat pembinaan yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan cek palsu sebagai tulen berjumlah RM6 juta, menangis di hadapan hakim Mahkamah Sesyen di sini hari ini ekoran ketiadaan wang untuk membayar jaminan.

Kaharizal Ismail, 38, merayu beberapa kali supaya Hakim S.M.Komathy Suppiah mengubah perintah jaminan sebanyak RM300,000 kerana dia kini hanya bekerja sendiri dan tidak mempunyai sebarang harta untuk dicagarkan.

Katanya, dia kini dalam proses muflis kerana bebanan hutang melebihi RM200,000 dan hanya bekerja sendiri sebagai penjual 'tupperware'.

Melihatkan situasi itu, Komathy meminta Kaharizal supaya melantik peguam bagi urusan pembayaran jaminan yang telah pun diputuskannya.

Tertuduh dilihat mengesat air mata dan berlalu dengan lesu ke bahagian lokap dalam mahkamah.

Terdahulu, Komathy memutuskan Kaharizal membayar RM300,000 dengan seorang penjamin tetapi hanya perlu mendeposit RM80,000 sahaja sebagai cagaran serta perlu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Tertuduh juga diperintah melapor diri sebulan sekali di balai polis terdekat.

Kaharizal, didakwa atas 41 pertuduhan iaitu menggunakan 26 keping cek Alliance Bank Malaysia Berhad, enam keping cek Bank Islam dan sembilan keping borang permohonan kiriman wang.

Jumlah yang terlibat pada setiap cek itu adalah antara RM45,000 dan RM1 juta, kesemuanya berjumlah RM6.088 juta.

Dia didakwa menggunakan cek dan borang itu sebagai tulen sedangkan ia adalah dokumen palsu, di Aliance Bank Berhad Cawangan Selayang, di sini dan di Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Selayang, di sini, antara Februari dan April 2008.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 467 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Ketika rayuan Timbalan Pendakwa Raya S. Devanandhan memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM500,000 bagi kesemua pertuduhan.

Kaharizal ditemani isterinya dan tidak diwakili peguam.

Komathy menetapkan 26 Januari tahun depan untuk sebutan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan