Bekas Pekerja Pub Dipenjara 11 Tahun Sebabkan Kematian

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: - Seorang bekas pekerja pub dijatuhi hukuman penjara 11 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki dalam pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap di Klang, tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad memerintahkan tertuduh, Yeo Teong Soon, 29, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 10 Mei 2008.

Yeo didakwa bersama-sama beberapa orang lagi yang masih bebas menyebabkan kematian Eng Swee Long, 22, di hadapan sebuah rumah di Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran, Klang, antara pukul 12.30 pagi dan 1.30 pagi, 2 Ogos 2006.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 304 (a) Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia disebabkan kehilangan banyak darah akibat ditikam dua kali menggunakan parang di bahagian punggung kirinya.

Yeo sebelum ini dibicarakan atas tuduhan membunuh Eng mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, setelah 13 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah selepas pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 304 (a) Kanun yang sama.

Terdahulu, peguam K.Puspalingam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap Yeo kerana berdasarkan keterangan saksi anak guamnya bukan perancang utama dalam kejadian itu dan hanya merupakan salah seorang daripada penyerang mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhairy Zakaria pula memohon mahkamah mengambil kira keseriusan kes dan perasaan keluarga mangsa yang kehilangan seorang anggota keluarga dalam kejadian itu.

"Mangsa diserang oleh kira-kira 10 orang (termasuk tertuduh) di tempat awam dan perbuatan seperti ini tidak wajar dibiarkan kerana ia akan menakutkan orang awam yang berada di kawasan sekitar. Pohon hukuman setimpal dijatuhkan kerana satu nyawa telah melayang atas punca yang saya percaya agak remeh," katanya.

- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan