'Detektif Lim' Dipenjara 2 Bulan, Denda RM2,000

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 ke atas pelakon drama bersiri Gerak Khas Mohd Farid Amirul Wu atas tuduhan mencuri buku.

Pelakon popular yang dikenali sebagai Detektif Lim dalam siri Gerak Khas itu dituduh mencuri 2 buah buku iaitu The Sistine Secrets berharga RM89.90 dan sebuah lagi buku bertajuk Decoding The Heavens (RM105) di kedai buku MPH pukul 7.15 malam pada 27 Mac lalu.

Oleh kerana tertuduh meminta penangguhan hukuman yang sepatutnya berkuat kuasa hari ini, Farid dibenarkan memohon bon jaminan.

Tertuduh melalui peguambela Nor Azri Mohd Arif membuat rayuan di depan Majistret Mohd Faizi Che Abu untuk membawa kes ke Mahkamah Tinggi.

Disebabkan bayaran ikat jamin asal RM1,500 dinaikkan ke RM3,000, bermakna secara keseluruhannya Farid perlu menjelaskan sebanyak RM5,000 termasuk denda hukuman itu iaitu RM2,000.

Pada 24 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan Farid membela diri atas tuduhan tersebut.

Pada 22 Oktober lalu, Farid memberitahu mahkamah yang dia dipaksa mengaku bersalah mencuri dua buah buku kerana pihak MPH mendakwa telah memerhatikan gerak gerinya menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan