Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Saksi Penting

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan waran tangkap disempurnakan terhadap seorang anggota polis, Norazman Mohamad, yang gagal hadir untuk memberi keterangan dalam kes perbicaraan R.Gunasegaran yang mati dalam tahanan polis 16 Julai lalu. Koroner Siti Shakirah Mohtarudin kemudian menangguhkan perbicaraan itu sehingga esok bagi membolehkan saksi penting itu hadir memberi keterangan selepas peguam M.Visvanathan, yang mewakili keluarga si mati, memohon waran tangkap itu dikeluarkan.

"Saksi ini perlu memberi keterangan kerana beliau bertanggungjawab ketika penahanan mangsa di balai polis tersebut, jadi jika kita memanggil saksi yang lain mahkamah tidak akan dapat melihat jalan cerita sebenar," kata Visvanathan.

Timbalan Pendakwa Raya, Shashita Mohd Hanipa, memberitahu mahkamah bahawa kegagalan saksi hadir adalah kerana Norazman mempunyai kes bicara lain.

Inkues itu dijalankan bagi menentukan punca kematian Gunasegaran, 31, yang pengsan semasa proses merekod cap jari antara 6.45 petang dan 7 petang, dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 7.40 malam.

Terdahulu, saksi pertama, Lans Koperal Admi Baharom, 47, yang bertugas sebagai jurugambar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul memberitahu mahkamah, bahawa beliau mengambil gambar bedah siasat Gunasegara sebanyak sembilan keping di Bahagian Forensik, Hospital Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.

Saksi kedua, Mohd Zukri Ismail, 45, yang juga jurugambar berkata, beliau telah mengambil 19 keping gambar lelaki itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 20 Ogos ketika pembedahan kali kedua dilakukan. Perbicaraan disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan