Majikan Didakwa Dera Pembantu Rumah Indonesia - Berita Mahkamah | mStar

Majikan Didakwa Dera Pembantu Rumah Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang pemilik kedai alat tulis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumahnya dengan menyiram air panas ke tangan mangsa pada November lalu.

Lim Boon Chong, 34, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Mujiah, 15, seorang warga Indonesia, di rumah No: 1, Jalan Kantan 6/KS6, Ambang Botanic di sini, pada 10 pagi 1 Nov lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Yong Zarida membenarkan Lim diikat jamin RM6,000 dan menetapkan 21 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan