Sistem Kehakiman Percepat Proses Pengadilan

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aplikasi e-kehakiman dan sistem kerja lebih ketat yang diperkenalkan oleh badan kehakiman pada 2009 menjanjikan proses pelaksanaan pengadilan dan pengurusan kes di mahkamah yang lebih cepat.

Dengan sistem e-kehakiman yang menyerap e-pemfailan, Sistem Pengurusan Kes (CMs), Sistem Pengurusan Senarai Menunggu (QMs) dan Sistem Merekod Keterangan Kes (CRT), hakim boleh menyelesaikan perbicaraan tiga hingga empat kali lebih cepat.

CRT menyediakan rakaman keterangan saksi dalam kes jenayah dan sivil, tanpa memerlukan hakim menulis nota sebagaimana masa dahulu, justeru membolehkan hakim menumpukan perhatian kepada saksi.

Dua Mahkamah Tinggi Dagang Baru (NCC) dilengkapi sistem pengkomputeran bagi pemfailan elektronik, pengesanan kes, rakaman video, pemantauan perbicaraan dan peringatan mengenai perbicaraan interlokutori menerusi teks SMS.

Sejumlah 181 bilik mahkamah di seluruh Semenanjung akan dilengkapi kemudahan serupa secara berperingkat.

Dengan hanya menekan tetikus, peguam yang mengendalikan permohonan interlokutori boleh menyemak kes-kes mereka dan sistem berkenaan juga akan mengingatkan mereka menerusi SMS apabila permohonan mereka sedia didengar oleh mahkamah. Selain daripada mengurangkan kelewatan dan masa menunggu, sistem yang menelan belanja RM69 juta, turut membolehkan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria untuk meneliti prestasi para hakim semasa mendengar perbicaraan dari pejabatnya di Putrajaya.

Semasa pelancaran NCC pada 1 September, Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi berkata sistem pengkomputeran itu secara beransur-ansur akan mengurangkan bilangan hakim dan menjimatkan wang pembayar cukai antara RM60,000 dan RM70,OOO sebulan.

Zaki, yang mengambil jawatan utama badan kehakiman Oktober tahun lepas, juga bersedia melakukan perubahan sistem kerja para hakim bagi menyelesaikan kes tertunggak dengan menggunakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), dan para hakim diarahkan supaya lebih tegas dalam penangguhan kes.

Jadual kerja mahkamah juga dilihat berubah dengan hakim mengorbankan masa makan tengah hari mereka dan meneruskan prosiding mahkamah sehingga 7 malam, setelah mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terbabit dalam kes berkenaan.

Namun, tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati pengamal undang-undang yang tidak gembira dengan cara mahkamah menetapkan dan menyegerakan perbicaraan. Ini membuatkan Majlis Peguam mengadakan mesyuarat luar biasa (EGM) minggu lepas untuk menyuarakan bantahan mereka dan meminta Zaki mengkaji semula pelaksanaan itu.

Presidennya K.Ragunath berkata keadilan dan keseluruhan kualiti keadilan telah diabaikan disebabkan terlalu mementingkan keskes diselesaikan dengan cepat dan kebergantungan kepada KPI.

Dalam temubual dengan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Yeo Yang Poh pada 19 November, yang disiarkan dalam laman web Majlis Peguam Malaysia, Zaki berkata terdapat sedikit salah faham, dan sasaran KPI bukanlah untuk lima pendengaran setiap hari.

Beliau berkata pencapaian hakim tidak hanya diukur dengan KPI dan melalui aspek lain, termasuk kualiti kehakiman dan perilaku kehakiman.

Pencapaian KPI dan menyelesaikan kes-kes tertangguh tidak boleh dilakukan sehingga mengabaikan aspek keadilan, tegas Zaki. Pada tahun ini, beberapa hakim dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

Antara mereka ialah Hakim Datuk Gopal Sri Ram yang berpindah ke Mahkamah Persekutuan selepas 15 tahun di Mahkamah Rayuan. Beliau menempa sejarah sebagai peguam pertama dan pengamal guaman persendirian yang dilantik terus ke Mahkamah Rayuan apabila ia diwujudkan pada 1994. Hakim-hakim lain yang dilantik ke Mahkamah Persekutuan termasuk bekas Peguam Cara Negara Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong, Datuk James Foong Cheng Yuen dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof.

Mahkamah Rayuan juga menerima beberapa hakim baru termasuk Datuk T. S. Nathan, Datuk Tee Ah Sing, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad, Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, Datuk Kang Hwee Gee, Datuk Jeffrey Tan, Datuk Azhar Maah dan Datuk Ramly Ali. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan