24 Febuari Ditetapkan Bagi Pengurusan Kes Saman Fitnah

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Febuari tahun depan bagi pengurusan kes saman fitnah RM500 juta oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat terhadap ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Seri Tiong King Sing.

Timbalan Pendaftar Norazlin Othman menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini bagi membolehkan kedua-dua pihak menjawab afidavit masing-masing selepas perkara itu dibawa untuk sebutan.

Pada 24 Ogos, Ong yang juga Presiden MCA, memfailkan saman itu terhadap Tiong, anggota Parlimen Bintulu, mendakwa Tiong telah mengeluarkan kenyataan memfitnah kononnya memberi RM10 juta kepadanya, yang telah disiarkan dalam laman web Malaysiakini pada 12 Ogos. Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata kenyataan itu tidak benar dan beliau mahu Tiong menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepadanya dengan permohonan maaf itu disiarkan dalam semua akhbar utama.

Beliau juga memohon ganti rugi teruk dan teladan dan injunksi untuk menghalang Tiong atau ejennya daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadapnya berhubung isu itu. Ong mendakwa kenyataan itu dibuat dengan niat jahat untuk menghalang penyiasatan yang adil dan betul terhadap penyelewengan dana oleh Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan peranan Kuala Dimensi dalam perkara itu.

Kuala Dimensi ialah kontraktor pasang siap bagi projek PKFZ yang turut disiasat oleh Jawatankuasa KiraKira Wang Negara.

Ong berkata kenyataan itu telah mencemarkan maruah, imej, integriti dan nama baik beliau di mata awam.

Katanya melalui surat bertarikh 13 Ogos, beliau menuntut Tiong, pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) untuk menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf tetapi sehingga kini Tiong enggan berbuat demikian.

Ong diwakili peguamnya Ronnie Tan dan Harjit Singh Sandhu manakala Tiong diwakili Prem Ramachandran. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan