16 Mac Bagi Pengurusan Kes Saman Fitnah Terhadap Dr Chandra

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 16 Mac bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik dan Presiden Just World Movement Dr Chandra Muzaffar.

Tarikh itu ditetapkan apabila kes itu dikemukakan untuk sebutan di hadapan timbalan pendaftar Norazlin Othman di dalam kamar hari ini.

Anwar menyaman Dr Chandra ekoran dakwaan kenyataan fitnah yang dikeluarkannya pada satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac tahun lepas dan kemudiannya disiarkan dalam akhbar.

Pada 7 Ogos lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Dr Chandra untuk mebekalkan butiran dan maklumat lanjut mengenai 64 soalan kepada pemimpin PKR itu.

Dalam satu pernyataan pembelaan, Dr Chandra menafikan mengeluarkan sebarang komen berniat jahat dan palsu berhubung Anwar yang kemudiannya disiarkan di dalam dua akhbar harian berbahasa Inggeris pada 5 Mac tahun lepas.

Alternatifnya, beliau mendakwa jika perkataan yang digunakannya itu fitnah, yang dinafikan beliau, perkataan-perkataan itu disiarkan pada satu keadaan perlindungan bersyarat tanpa niat jahat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan