Kes Bekas Jurulatih Olahraga Didengar Semula

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan supaya kes itu didengar semula di hadapan panel yang lain.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Md Raus Sharif, menolak rayuan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, untuk menarik balik permohonan itu.

Ramanathan, 73, yang dibebaskan pada April lepas daripada tuduhan mencabul kehormatan dua atlit perempuan pada 1992, kini akan berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Rayuan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Pada 8 November 1996, Ramanathan dihukum penjara empat tahun selepas Mahkamah Sesyen mandapatinya bersalah menggunakan kekerasan dengan niat untuk mencabul kehormatan atlit berumur 15 dan 16 tahun itu di bangunan MABA di Kuala Lumpur antara 9 pagi dan 10 malam pada 23 Oktober dan 27 Oktober 1992.

Bagaimanapun pada 24 Feb 2005 Mahkamah Tinggi menerima rayuannya dan membatalkan pensabitan itu.

Pada 11 Julai tahun lepas, pembebasannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan, dan Ramanathan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

Jurulatih itu, yang diwakili peguam Karpal Singh, bagaimanapun berjaya dalam permohonannya supaya keputusan itu dikaji semula selepas satu panel lain Mahkamah Rayuan pada 17 April lepas mendapati ia boleh mengkaji semula keputusannya dan mengetepikan pensabitan itu.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan, mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 11 Julai itu, dan mengarahkan agar rayuan itu didengar oleh panel lain serta memerintahkan agar Ramanathan dibebaskan sehingga rayuannya didengar. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan