Reman Pasangan Dera Anak Hingga Mati Dilanjut

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Reman ke atas sepasang kekasih yang dipercayai terbabit dalam perbuatan mendera bayi perempuan mereka yang berusia 22 bulan sehingga mati dilanjutkan seminggu lagi bagi membolehkan siasatan ke atas mereka diteruskan.

Ketua Polis Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pasangan yang masing-masing berusia 23 tahun itu ditahan pada 27 Nov lalu selepas mendapati terdapat unsur deraan terhadap bayi tersebut.

"Oleh kerana tempoh reman selama tujuh hari berakhir, polis mendapatkan perintah melanjutkan reman terhadap pasangan yang menetap di Repoh ini seminggu lagi bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan," katanya.

Dalam kejadian 26 November lalu, kanak-kanak itu meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah ketika menjalani pemeriksaan.

Bayi tersebut dibawa oleh pasangan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu untuk pemeriksaan ekoran bayi itu dikatakan tidak mempunyai selera makan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan