Pengawal Keselamatan Diarah Hakim Baca Berita Kematian Akibat Ragut

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan yang mengaku bersalah meragut RM650 daripada seorang warga Indonesia, diarah oleh seorang hakim supaya membaca dengan suara kuat di Mahkamah Sesyen satu laporan akhbar hari ini mengenai kematian seorang lelaki akibat diragut.

Henry Mohd Yamin, 36, menangis apabila ditegur oleh Hakim Zainal Abidin Kamarudin bahawa dengan melakukan perbuatan meragut, dia akan makan benda tidak halal.

"Awak ragut orang, awak dapat RM650 tetapi kalau dia mati, keluarga dia menderita sampai bila-bila.

"Ingat ini Henry. Hari ini awak ragut orang, esok orang ragut keluarga awak pula," kata Zainal Abidin sebelum menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan terhadap tertuduh.

Hakim itu berkata bahawa kejadian ragut bukan dinilai dari sudut kerugian wang atau barang tetapi ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

"Awak ambil hak orang dengan cara salah, itu mungkin duit gaji dia, penat dia bekerja sebagai buruh, mungkin duit itu untuk bagi anak dan isteri dia makan.

Apa yang menyedihkan bukan mengenai kehilangan duit atau telefon bimbit tetapi hilang nyawa. Saya pandang berat perkara ini. "Kamu tiada penyakit lain sebab itu kamu boleh jadi pengawal keselamatan tapi awak ada penyakit jiwa kerana makan benda tidak halal,"

kata Zainal Abidin menyebabkan Henry, yang berdiri sambil tangan bergari di kandang tertuduh, menangis.

Henry, yang bekerja di sebuah pusat membeli belah di sini, didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas merompak Nurkholis Suwandi, 31, seorang buruh binaan, dengan merampas wang tunai RM650 berhampiran bangunan Hong Leong Bank, Jalan Imbi, pada 6.30 petang Sabtu lepas.

Ketika ditanya oleh Zainal Abidin apa yang mendorongnya mengambil wang mangsa, Henry berkata dia hanya menolong seorang rakannya untuk mendapatkan balik duit hutang dan telah memintanya dengan cara baik.

Bagaimanapun hakim mempertikaikan jawapan itu kerana mengikut fakta kes, Henry telah merampas dari mangsa dan wang itu dijumpai dalam poketnya dan bukan dalam poket rakan yang dikatakan meminta pertolongannya itu.

Ketika rayuan, Henry yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia perlu menyara ibu bapanya yang berada di Sabah.

Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt meminta mahkamah mengenakan hukuman berat bagi memberi penganjaran kepada orang lain.BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan