Enam Didakwa Terlibat Insiden Pijak Kepala Lembu Dibicara 12 April

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 12 April tahun depan sebagai tarikh perbicaraan enam individu yang menghadapi pertuduhan terlibat dalam insiden memijak kepala lembu dalam perhimpunan haram di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Ogos lepas.

Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, dan Mohd Hilmi Ni, 40, mengaku tidak bersalah semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Hakim Hasbi berkata kes itu akan dibicarakan di hadapan Hakim M.Gunalan dan menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 12 April tahun depan.

Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim didakwa bersama-sama telah memijak kepala lembu, Eyzva Ezhar didakwa membawa kepala lembu manakala Mohd Azmir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi didakwa bersama-sama membawa dan memijak kepala lembu dalam perhimpunan haram itu pada 2.25 petang, 28 Ogos lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan iaitu dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit di tempat dan pada masa yang sama mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim masing-masing merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu mengetuai bantahan terhadap cadangan kerajaan negeri Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 di sini ke Seksyen 23 di tempat dan pada masa yang sama.

Turut dituduh mengambil bahagian dalam perhimpunan haram itu ialah Jainuddin @ Zainuddin Md Yusuff, 67, Mohd Jurit Ramli, 39, Mohamad Nordin Zakaria, 46, Jamil Mohamad Isa, 40, Rahimuddin Md Harun, 39, dan Azhari Shaari, 39.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan.

Hakim Hasbi menetapkan kes itu dibicarakan bersama-sama dengan kes pijak kepala lembu itu.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani dan Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala semua tertuduh diwakili peguam Hashim Ibrahim.BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan