Agen Pengedar Kereta Didakwa Terima Rasuah Percepat Proses Keluar - Berita Mahkamah | mStar

Agen Pengedar Kereta Didakwa Terima Rasuah Percepat Proses Keluar

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang agen pengedar kereta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan meminta dan menerima suapan RM2,000 sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses pengeluaran kereta Perodua Myvi, empat tahun lepas.

Johari Ariffin, 45, dari Taman Perwira, Sijangkang, Banting, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa meminta suapan RM2,000 daripada seorang kerani akaun, Michelle Tan Kim Choo, 35, bagi dirinya sebagai dorongan untuk mempercepat proses pengeluaran kereta Perodua Myvi baru milik Tan di Silver Tool (Malaysia) Sdn Bhd, No: 9A, Solok Sri Sarawak 36, Jalan Tun Abdul Razak, Taman Sri Andalas, Klang, kira-kira pukul 4 petang pada 21 Sept 2005.

Johari juga didakwa menerima suapan RM2,000 daripada Tan bagi dirinya sebagai dorongan untuk melakukan perkara serupa di tempat sama, kira-kira pukul 5.45 petang pada 3 Okt 2005.

Bagi kedua-dua kesalahan itu tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan Johari dibebaskan dengan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jan untuk sebutan melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ng Siew Wee.BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan