Tiga Pelajar Universiti Malaya Didakwa Lakukan Khianat

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar Universiti Malaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan cuba melakukan khianat dan menceroboh Fakulti Akademi Pengajian Islam universiti itu pada 24 Jun lalu.

Mohamad Aizat Rosle, Mohammad Saufi Jelani, masing-masing 21 tahun dan Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, 22, didakwa bersama-sama cuba melakukan khianat dengan api terhadap bangunan itu, mengikut Seksyen 436/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mereka juga menghadapi pertuduhan menceroboh bangunan fakulti itu mengikut Seksyen 447 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Ketiga-tiga mereka yang masih menuntut turut didakwa melakukan kesalahan khianat dengan menyimbah petrol di atas karpet dan menconteng di dinding dewan utama fakulti itu. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pintu utama dewan fakulti itu pada kira-kira 4 pagi, 24 Jun lalu. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan untuk setiap tertuduh.

Kesemua mereka diwakili peguam bela Mohamad Arfizi Mohd Ramli merayu kepada mahkamah membenarkan anak guamnya itu diikat jamin dengan RM3,500 atas alasan mereka berasal dari golongan yang sederhana, di samping mempunyai adik-beradik yang masih bersekolah.

Hakim S.M Komathy Suppiah membenarkan mereka dijamin RM3,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.

Sementara itu, Mohd Mokhzany memohon kepada mahkamah agar kes dua pelajar dari universiti itu yang turut dituduh terhadap pertuduhan yang sama pada 30 Jun lalu, dibicarakan bersama atas alasan melibatkan pertuduhan yang sama.

Dua pelajar itu dari universiti yang sama mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff terhadap pertuduhan mengkhianat dan menceroboh dewan fakulti universiti itu.

Hakim Komathy menetapkan 12 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes di hadapan Hakim Rozana untuk menetapkan tarikh bicara. Ketigatiga mereka dijamin oleh ibu bapa masingmasing. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan