Sharifah Aini Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Utusan

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Biduanita negara Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar telah menarik balik saman fitnah terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad selepas lima tahun.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Balia Yusof Wahi dalam kamarnya hari ini merekodkan permohonan Sharifah Aini untuk menarik balik saman terhadap akhbar Utusan, Ketua Pengarang ketika itu Datuk Khalid Mohamad dan wartawan Ku Seman Ku Hussain.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes itu.

Sharifah Aini yang diwakili peguam Shamsul Bahrain Ibrahim tidak hadir ke mahkamah.

Peguam Foo Siew June yang mewakili ketiga-tiga defendan memberitahu media bahawa Sharifah Aini (plaintif) menarik balik saman tersebut tanpa apa-apa perintah, kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan tindakan semula.

Foo berkata Sharifah Aini telah memfailkan notis pemberhentian tindakan saman itu pada Jumaat lepas.

Pada 25 November lepas, plaintif dan defendan-defendan bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah penyanyi itu di luar mahkamah.

Pada 27 April 2004, Sharifah Aini memfailkan saman itu kerana mendakwa mereka memfitnahnya menerusi satu artikel keluaran Mingguan Malaysia pada 31 Mac 2004.

Sharifah Aini mendakwa dalam ruangan 'Cubit Manja' bertajuk 'SMS dan umang-umang', ketiga-tiga defendan telah mengaitkan hal peribadinya dan mempunyai niat jahat terhadapnya.

Beliau menuntut ganti rugi termasuk ganti rugi umum, pampasan, teladan dan menuntut suatu injunksi bagi menegah defendan menerbitkan kenyataan yang memburuk-burukkannya.

Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 18 Jun 2004, ketiga-tiga defendan menafikan bahawa artikel itu untuk memfitnah Sharifah Aini sebaliknya ia adalah komen berpatutan mengenai perkara membabitkan kepentingan awam serta tindak tanduk dan sikap plaintif sebagai artis. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan