Dua Pegawai Istana Kelantan Mohon Batal Saman Tengku Temenggong Kelantan - Berita Mahkamah | mStar

Dua Pegawai Istana Kelantan Mohon Batal Saman Tengku Temenggong Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pegawai Istana Kelantan yang disaman oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra kerana menfitnahnya berkaitan pertelingkahannya dengan isterinya Manohara Odelia Pinot, menfailkan permohonan bagi membatalkan saman itu.

Permohonan yang difailkan melalui Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan itu telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi pada 18 Nov lepas.

Permohonan itu ditetapkan untuk pendengaran hari ini dalam kamar Timbalan Pendaftar Norazlin Othman tetapi telah ditangguhkan.

Peguam Tengku Muhammad Fakhry, Mohd Haaziq Pillay, memberitahu pemberita bahawa pihaknya tidak diberikan salinan permohonan itu dan memerlukan masa untuk memasukkan afidavit jawapan Tengku Muhammad Fakhry terhadap permohonan itu.

Mohd Haaziq berkata mahkamah menangguhkan pendengaran permohonan itu bagi membolehkan mereka menyediakan afidavit dan tiada tarikh ditetapkan, tetapi mahkamah menetapkan 26 Jan ini untuk pengurusan kes saman berkenaan. Pada 10 Ogos lepas Tengku Muhamamd Fakhry memnfailkan saman yang menamakan pegawai tadbir (pentadbiran) Pejabat Sultan Kelantan, Nik Mahmud Nik Jaafar, dan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, sebagai defendan.

Tengku Temenggong menyaman kedua-ua pegawai istana itu berhubung satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 15 Jun lepas mengenai masalah perkahwinan beliau dengan dan Manohara, seorang model dari Indonesia.

Beliau mendakwa kenyataan itu menggambarkan seolah-lah ayahandanya dan pejabat istana meminggirkan beliau dan seperti menggambarkan beliau bersalah mendera isterinya. Kedua-ua defendan dalam pernyataan pembelaan berkata kenyataan akhbar berhubung pertelingkahan antara Tengku Muhammad Fakhry dan Manohara yang dikeluarkan, adalah suatu 'keistimewaan yang melayakkan' kerana mereka sekadar bertindak mengikut tanggungjawab masing-asing dalam hal ehwal istana atas arahan Pemangku Raja Kelantan.

Kedua-dua pegawai itu mendakwa bahawa perkataanperkataan dalam kenyataan itu bukan bermaksud untuk memperkecilkan Tengku Temenggong dalam kedudukan beliau sebagai anggota keluarga Diraja Kelantan.

Mereka memberi alasan bahawa pergolakan dalam kehidupan Tengku Temenggong dan isterinya adalah perkara peribadi dan tiada kaitan dengan hal ehwal Pejabat Sultan Kelantan.BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan