Wahid Luluskan 176 Permohonan, Kemasukan 4,337 Pekerja : Saksi

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don adalah orang yang bertanggungjawab meluluskan kemasukan 4,337 pekerja Bangladesh pada Jun dan Julai tahun lepas.

Jumlah itu adalah daripada 176 permohonan yang dibuat oleh pelbagai syarikat dalam sektor pembinaan, perkilangan dan restoran.

Perkara itu tercatat dalam rekod induk yang dicetak dari komputer dan hanya Wahid serta Menteri Dalam Negeri (ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar) yang mempunyai kata laluannya.

Pengarah Bahagian Pekerja Asing (ketika itu), Datuk Abdul Rahman Othman, 51, yang dirujuk rekod itu mengesahkannya di mahkamah hari ini.

Abdul Rahman, yang menggantikan Wahid sebagai Ketua Pengarah Imigresen, adalah orang yang bertanggungjawab mengeluarkan surat kelulusan visa dengan rujukan dalam tempoh kurang 24 jam selepas Wahid meluluskannya menerusi sistem khas.

Pada 19 Ogos tahun lepas, Wahid, 57, didakwa menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta, pada 10.15 malam 10 Julai 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah dan Ahmad Kamal Ariffin Ismail manakala Wahid diwakili peguam Datuk V. Sithambaram.

Hakim Rosbiahanin Ariffin menangguhkan perbicaraan sehingga 20 dan 21 Januari tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan