Perbicaraaan Kes Kematian A.Kugan Ditetapkan 18 Febuari Depan

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 18 Feb tahun depan untuk perbicaraan kes A. Kugan, yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis pada Januari lalu.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan perbicaraan itu selama seminggu selepas pihak pembelaan yang diwakili Raj Pal Singh telah menerima kesemua dokumen yang diperlukan daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Pada 1 Oktober lalu, seorang konstabel dari Balai Polis Subang USJ, V.Navindran, 28, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama terhadap dua pertuduhan mengakibatkan kecederaan teruk terhadap Kugan.

Kugan, 22, ditahan polis pada 15 Jan tahun ini atas dakwaan terlibat dalam kes curi kereta tetapi meninggal dunia beberapa hari kemudian semasa dalam tahanan polis di balai polis itu.

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 18 Feb tahun depan untuk perbicaraan kes A. Kugan, yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis, Januari lalu.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan perbicaraan itu selama seminggu selepas pihak pembelaan yang diwakili Raj Pal Singh telah menerima kesemua dokumen yang diperlukan daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Pada 1 Oktober lalu, seorang konstabel dari Balai Polis Subang USJ, V.Navindran, 28, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama terhadap dua pertuduhan mengakibatkan kecederaan teruk terhadap Kugan di bilik soal siasat pejabat D9, di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, pada 7 pagi, 16 Jan lalu.

Bagi tuduhan pertama, Navindran didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan, 23, bagi maksud hendak memeras daripadanya apaapa pengakuan bersalah atau maklumat yang boleh membawa kepada diketahui sesuatu kesalahan atau salah laku.

Navindran turut mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan kedua menyebabkan cedera parah terhadap Kugan pada pukul 4 petang di tempat dan tarikh yang sama. Bagi kedua-dua kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Navindran juga menghadapi dua pertuduhan pilihan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Kugan pada 7 pagi dan 4 petang di tempat dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Kugan ditahan polis pada 15 Jan tahun ini atas dakwaan terlibat dalam kes curi kereta tetapi meninggal dunia beberapa hari kemudian semasa dalam tahanan di balai polis itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan