Hukuman Penjara Yim Pek Ha Dikurang 12 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengurangkan hukuman penjara 18 tahun kepada 12 tahun terhadap surirumah, Yim Pek Ha yang didapati bersalah mencederakan pembantu rumahnya warga Indonesia, Nirmala Bonat pada 2004.

Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah juga membenarkan permohonan lisan peguam Yim, Datuk Jagjit Singh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman walaupun dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozela Raja Toran. Yim, yang mempunyai empat orang anak berusia antara empat dan 11 tahun, kelihatan menitiskan airmata selepas mendengar keputusan hakim.

Azman dalam penghakimannya berkata setelah meneliti fakta kes dan rayuan, beliau mengekalkan penyabitan Yim, 41, untuk pertuduhan pertama dan kedua.

Beliau berkata mahkamah telah mengambil kira hukuman maksimum 20 tahun di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan hakim Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 18 tahun untuk setiap pertuduhan telah sampai kepada hukuman paling tinggi boleh dikenakan di bawah seksyen tersebut.

"Setelah meneliti fakta kes dan kecederaan yang dialami oleh mangsa serta rayuan pihak pembelaan bahawa tertuduh merupakan pesalah pertama serta mempunyai empat orang anak yang masih kecil, dengan ini saya mengurangkan hukuman penjara untuk keduadua pertuduhan ini daripada 18 tahun kepada lima tahun," kata Azman.

Bagaimanapun Azman membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan, berbanding dengan perintah Mahkamah Sesyen yang merintahkan untuk berjalan secara serentak. Azman berkata beliau akan memberikan alasan penghakimannya secara lebih terperinci kemudian.

Pada 27 November tahun lepas, Yim didapati bersalah atas dua pertuduhan mencederakan Nirmala menggunakan seterika dan satu lagi tuduhan menyimbah air panas terhadap mangsa di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada Januari, Mac dan April 2004.

Bagi pertuduhan ketiga, hakim membenarkan rayuan Yim untuk mengugurkan penyabitan dan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana kekeliruan di dalam kertas pertuduhan.

Beliau berkata ini berdasarkan keterangan Nirmala di mahkamah yang menyatakan kejadian beliau diserang dengan seterika berlaku pada Mac dan bukan pada April. Pihak pendakwaan seharusnya meminda kertas pertuduhan tetapi telah gagal berbuat demikian, kata hakim.

Sementara itu bagi pertuduhan keempat, Azman membenarkan rayuan pihak pendakwaan dengan menyabitkan Yim atas pertuduhan mencederakan Nirmala dengan sebiji cawan besi di tempat yang sama pada 17 Mei 2004.

Untuk tuduhan ini Yim dipenjara dua tahun dan hukuman berjalan secara berasingan dengan hukuman sebelum ini. Sebelum ini beliau dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Azman dalam penghakimannya turut menyatakan bahawa ketika Nirmala memberi keterangan beliau tidak menunjukkan sebarang tanda mempunyai penyakit sawan ataupun tidak siuman.

"Keterangan Nirmala mengenai kecederaan yang dialaminya adalah sejajar dengan laporan perubatan dan keterangan pakar serta beliau tidak mempunyai peluang untuk mengadu kepada sesiapa mengenai penderaan yang dilakukan kepadanya," kata beliau.

Azman juga berkata secara logiknya sebagai seorang ibu, Yim seharusnya menjaga pembantu rumahnya dengan baik.

"Berdasarkan gambar-gambar yang dikemukakan, kesakitan yang dialami oleh mangsa tidak boleh digambarkan langsung," kata Azman.

Azman mengingatkan Yim bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap beliau adalah memberi ingatan dan pengajaran kepada orang lain untuk tidak melakukan perbuatan seperti itu terutamanya pada yang lemah.

"Apatah lagi terhadap isteri, kanak-kanak, orang gaji dan mahupun terhadap binatang," tegas beliau.

Selepas keputusan itu, Raja Rozela berkata beliau akan membuat rayuan terhadap hukuman penjara tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan