Bekas KP Imigresen Lulus Hampir 3,000 Visa Pekerja Bangladesh Dalam Dua Bulan - Saksi

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini Khamis bahawa bekas ketuanya itu telah meluluskan visa pekerja bagi hampir 3,000 warga Bangladesh dalam tempoh dua bulan.

Bekas Pengarah Bahagian Pekerja Asing Datuk Abdul Rahman Othman, 51, berkata kesemua rekod kelulusan itu diperolehi menerusi satu sistem khas dan hanya Wahid serta Menteri Dalam Negeri (ketika itu Tan Sri Syed Hamid Albar) sahaja yang mempunyai kata laluan untuk meluluskan permohonan.

Abdul Rahman, yang kini menggantikan Wahid sebagai Ketua Pengarah Imigresen, turut memberitahu bahawa ketika itu beliau bertanggungjawab menyediakan surat kelulusan visa dengan rujukan (VDR) yang dipohon dan ia dikeluarkan selepas Wahid memberi kelulusan.

Mengikut rekod yang dicetak menerusi sistem komputer, Abdul Rahman mengesahkan sebanyak 102 permohonan dibuat mulai April hingga Disember 2007 dan ia diluluskan antara Jun dan Julai 2008.

Pada 19 Ogos tahun lepas, Wahid, 57, didakwa menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta, pada 10.15 malam. 10 Julai 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Menerusi rekod itu juga, Abdul Rahman memberitahu terdapat pelbagai syarikat yang membuat permohonan dalam tempoh berkenaan dan jumlahnya tidak kurang daripada 60 syarikat.

Prosiding itu, yang berlansung kira-kira lima jam hari ini, banyak melibatkan penandaan dokumen dan surat yang berkaitan kelulusan VDR.

Pada awalnya, peguam Datuk V. Sithambaram, yang mewakili Wahid, memohon supaya pihak pendakwaan menandakan dokumen menerusi kaedah yang lebih ringkas.

Bagaimanapun, Hakim Rosbiahanin Arifin tidak membenarkannya kerana beliau perlu mencatat eksibit yang dikemukakan pendakwaan bagi mengelak sebarang masalah jika kes itu terlibat dalam kes rayuan kelak.

"Memang kalau boleh, saya pun nak (hendak) seringkas-ringkasnya tetapi ia akan mengundang masalah bila ada rayuan kelak. Kita dengarlah," katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah dan Ahmad Kamal Ariffin Ismail

Perbicaraan disambung esok. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan