Pembantu Rumah Indonesia Culik Anak Majikan Dipenjara 36 Bulan

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pembantu rumah warganegara Indonesia, Suparmi Lamidi dijatuhi hukuman penjara 36 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menculik anak majikannya berumur dua tahun tujuh bulan di sebuah apartmen di Seksyen 13 di sini, November lepas.

Majistret Norkamilah Aziz memerintahkan Suparmi, 50, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 19 November lepas.

Tertuduh mengaku bersalah menculik Siti Nurdiana Aung Soe @ Husin daripada jagaan ibunya, Haslinda Damanik tanpa persetujuannya di No: 908, Brunsfields Riverview Apartment, Jalan Yoga 13/42, Seksyen 13, kira-kira 7 petang pada 17 Nov lepas.

Suparmi didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Fakta kes menyebut, pada hari kejadian Haslinda bersama suaminya keluar dari rumah untuk bekerja dengan meninggalkan Siti Nurdiana bersama Suparmi kira-kira pukul 6.30 pagi.

Sekembalinya ke rumah kira-kira pukul 7 petang, mereka dapati Siti Nurdiana dan Suparmi telah tiada dan usaha untuk mencari anak mereka gagal.

Berdasarkan siasatan polis, kirakira pukul 6 petang pada 18 November lepas, seorang lelaki menjumpai Siti Nurdiana berhampiran sebuah kedai yang berdekatan dengan stesen kereta api Batu Tiga di sini.

Suparmi seterusnya ditangkap kira-kira 10 pagi pada 19 November lepas di Jalan Haji Hussein 2, Kuala Lumpur hasil maklumat orang ramai yang tahu mengenai kes culik itu melalui hebahan media massa.

Siasatan juga mendapati tertuduh telah bekerja dengan Haslinda serta suaminya kira-kira dua bulan setengah dan tugasnya ialah untuk memastikan keselamatan Siti Nurdiana sewaktu majikannya keluar bekerja.

Tertuduh bagaimanapun melarikan mangsa yang masih kecil yang tidak mampu untuk menjaga keselamatan diri sendiri serta meninggalkan kanak-kanak itu bersendirian di tempat awam tanpa memikirkan keselamatannya.

Terdahulu, Suparmi yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhi hukuman ringan dengan alasan dia sudah berkeluarga dan mempunyai tiga anak yang masih bersekolah.

"Saya ada ibu yang sudah tua dan saya sudah lama tidak balik ke kampung saya. Pohon hukuman saya diringankan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim pula memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira fakta kes di mana mangsa yang masih kecil telah ditinggalkan bersendirian di tempat awam.

"Ibu bapa mangsa telah memberi sepenuh kepercayaan kepada tertuduh untuk menjaga mangsa tetapi dia gagal melaksanakannya dengan meletakkan mangsa dalam bahaya.

"Oleh itu saya pohon mahkamah menjatuhi hukuman yang akan menjadi amaran dengan mengambil kira kesulitan yang dihadapi ibu mangsa dan saya percaya kejadian itu telah mendatangkan trauma kepada mangsa dan keluarganya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan