Pekerja Kontrak Ke Tali Gantung Kerana Mengedar Heroin

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: "Saya sebagai hakim terikat dengan sumpah saya untuk menjalankan keadilan...saya berdoa semoga awak berjaya di peringkat rayuan," kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Wira Mohtarudin Baki semasa menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pekerja kontrak kerana mengedar heroin seberat 22.45 gram, April tahun lepas.

Mohtarudin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh, Danial Ooi Abdullah, 47, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata keterangan menunjukkan tertuduh jelas mempunyai pemilikan eksklusif terhadap dadah yang disimpan dalam beg kertas berwarna emas yang dipegangnya semasa ditangkap.

"Adalah sesuatu yang menyedihkan bagi saya pada peringkat ini, sebagai manusia saya cuba menyelamatkan satu nyawa. Ini pendapat saya dan mungkin saya salah. Harap Mahkamah Rayuan akan benarkan rayuan kamu kelak," katanya.

Mohtarudin turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan ke atas Danial setelah didapati bersalah terhadap satu lagi tuduhan memiliki dadah jenis Monoacetylmorphines seberat 3.05 gram.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Hong Wu Food, No: 122, Jalan Pekan Batu Off Jalan Meru, Klang, kira-kira pukul 11.30 malam pada 4 April tahun lepas.

Danial yang diwakili peguam Ayasamy Vellu pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 22 September tahun lepas. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan