Model Sambilan Didakwa Miliki Wang Palsu

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang model sambilan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan memiliki dan menggunakan wang kertas palsu.

Haziq Syazami Ishak, 19, didakwa menggunakan wang kertas RM50 palsu untuk menipu juruwang kedai serbanika 7-Eleven bagi membeli sekotak rokok bernilai RM6.70 di kedai 7-Eleven di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, pada pukul 3.05 pagi, 17 Sept lepas.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan kedua iaitu memiliki 15 keping wang kertas RM50 di dalam dompetnya di tempat dan pada tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 489b, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda dan pertuduhan kedua mengikut Seksyen 489C kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Hakim S.M Komathy membenarkan Haziq diikat jamin RM8,000 dan menetapkan kes itu disebut semula pada 6 Jan depan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam bela.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan