Pemilik Kedai Telefon Bimbit Dibicarakan Atas Dakwaan Hina Sultan

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perbicaraan terhadap seorang pemilik kedai telefon bimbit yang didakwa menyebarkan satu komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menerusi sebuah laman web, di Mahkaman Sesyen di sini hari ini dimulakan dengan keterangan teknikal.

Pihak pendakwaan memanggil saksi pertama iaitu Pegawai Teknologi Maklumat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Nor Haliza Masri, 29, yang memberitahu mahkamah mengenai butiran teknikal penggunaan internet.

Di kandang tertuduh ialah Rutinin Suhaimin, 36, yang didakwa melakukan kesalahan itu di Blok A, Lot 4, Kedai Sedco, Kundasang di Ranau pada pukul 6.33 petang, 13 Februari.

Jika sabit kesalahan, Rutinin boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak lebih daripada RM50,000 mengikut Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Rutinin diwakili peguam Muammar Julkarnain manakala pendakwaan dilakukan oleh Peguam Kanan Persekutuan Salim Soib.

Perbicaraan di hadapan Hakim Zaini Fishir bersambung esok. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan