Nallakarupan Dapat Perintah Penangguhan Dari Mahkamah Rayuan

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Presiden Parti India Bersatu Malaysia(MIUP) Datuk S. Nallakarupan belum lagi perlu memberi butiran kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaannya bahawa ketua pembangkang itu telah menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian.

Dia mendapat perintah penangguhan pelaksanaan keputusan dari Mahkamah Rayuan di sini hari ini sementara menunggu penyelesaian rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 16 November lalu.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Nallakarupan membekalkan butiran terperinci berhubung dakwaannya itu yang dipohon oleh Anwar dalam saman fitnah yang difailkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terhadapnya.

Keputusan majoriti 2-1 oleh Mahkamah Rayuan disampaikan oleh Hakim Tengku Datuk Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Datuk Wira Abu Samah Nordin dengan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membantah.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof sebelum ini mengarahkan Nallakaruppan membekalkan butiran iaitu siapa memberi wang, bila dan di mana wang itu diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh 16 November lalu selepas menolak rayuan Nallakarupan dan permohonan lisan bagi perintah penangguhan.

Beliau mengekalkan perintah Penolong Kanan Pendaftar supaya Nallakarupan membekalkan butiran itu.

Nallakarupan disaman oleh Anwar terhadap artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta' yang diterbitkan dalam akhbar harian Mingguan Malaysia dan Sinar Harian pada Ogos tahun lepas.

Anwar mendakwa Nallakarupan telah membuat tuduhan palsu terhadapnya dengan mendakwa dia telah menerima wang sejumlah itu dalam artikel tersebut tetapi Nallakarupan, dalam penyataan pembelaan, mendakwa Anwar sebenarnya menerima wang itu daripadanya dan juga daripada Magnum Corporation Bhd.

Hari ini, peguam Nallakarupan, Datuk Cecil Abraham, menggesa mahkamah memberikan perintah penangguhan itu kerana rayuan anak guamnya itu tidak akan bermakna jika butiran itu diberikan sebelum rayuan didengar.

Katanya butiran yang dipohon oleh Anwar berkaitan kepada keterangan yang bakal digunakan dalam perbicaraan kes.

Peguam Anwar, Karpal Singh, bagaimanapun, berhujah Penolong Kanan Pendaftar menggunakan budi bicara yang betul dalam memutuskan perintah itu kerana butiran yang dipohon oleh Anwar bukan keterangan tetapi fakta yang berhak untuk dipohon oleh anak guamnya itu.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan Khamis ini untuk mendengar rayuan Anwar terhadap keputusan pemecatan dari jawatan Kabinet pada 1998.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong menangguhkan perkara itu berikutan permintaan Karpal Singh bagi Hashim berundur dari mendengar kes itu kerana dia pernah mengendalikan kes liwat pertama Anwar di Mahkamah Rayuan pada 2003.

Hashim, yang bersetuju berundur, akan digantikan dengan hakim lain.

Pada awalnya, beliau memohon supaya dikekalkan semula tetapi bersetuju untuk tidak menuntut supaya dikekalkan semula kerana perkara itu hanya menjadi akademik semata-mata.

Anwar merujuk perkara itu ke mahkamah tertinggi selepas gagal di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 Sept, 1998 oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sah.

Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang dalam kes itu termasuk sama ada pemecatan Anwar itu tidak berperlembagaan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan